Monday, 23 February 2015

hah ! dah sem 2

assalamualaikum ya habibi ya maulana.. hehe

waduh kojap je dok kat ukm ni dah sem 2 . sem 2 mesti azam baru kan ? al maklum la pressure result yg jatuh ni. tp alhamdulillah it still okay la.

bosan kot minggu pertama ni, kelas tak dak ja memanjang .
so aku pun dok la bilik melayan perasan ni
ala selepas baca sesuatu ni aku rasa arghh mahu sakit hati ni..
sakitnya tuh disini..hehe
benda apa tu biasa la rahsia..
dah lama tak pikir pasal dia tetiba muncul dalam mimpi.. apakah ?
alahai hati lemah nya kamu ye. tak pa aku akan jaga hang ya hati. hang dok baik2 tau.
aku sayang hang hati..

usaha seterusnya lupakan dia.. set niat, belajaq belajaq dulu :)
insyaAllah aku akan sentiasa berdoa utk dapat seseorang yg bukan ja boleh bimbing aku tp my whole family.
ada ke ? ada kot .

3P NOW

PAUSE
PERGI
PARIORITY

ok .

aja2 fighting sal.

Friday, 23 January 2015

dia yg ku suka

Assalamualaikum makin rajin aku update blog sekarang ni..almaklumla cuti katakan . hehe
Hari ahad aku telah berjumpa dgn dia lagi. Nak rasa apa eh?
Malas,meluat,malu ermm suka?
Ahad bila tu aku tak ingat.
Aku ingat lepas dah habis Matrik dah tak jumpa. Sekali amik kau.
Hakikatnya kalau Allah kehendaki sesuatu berlaku tak dop sapa boleh halang. Ntah la makin aku nak cuba jauh makin dekat pulak..
Maybe ada sebabnya..
Ok la..gue nak main ngan anak bush gue pulak..😉
See again my lovely blog😆😆

Thursday, 22 January 2015

ukm

Assalamualaikum..
Sudah lama aku tidak bertandang ke blog aku ni.. Ala biasa la..kekadang ada mood nak tulis .kekadang malas gila.
Ok buat sementara ni stop jap tulis pasai Kmpk..
Hidup harus diteruskan..
Sekarang ni aku dah menyambung perjalanan ku ke ukm..
Aku amik jurusan ekonomi..
Btw aku nak Akaun sebenarnyaa.. Tahun 2 nanti boleh tukar..harap2 dpt la..aamiin.
Ukm setakat ni ok2 la.
Maybe masih baruu..ni pown baru habis semester 1..
Honeymoon sekarang ni dgn buku2..hahahaha.
Kbai sampai sini dulu
Salaam secangkir Mahabbah selaut iman 😉

Saturday, 9 August 2014

kmpk 1

ku coretkan kisahku ini dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim ...


Assalamualaikum , harap semua dibawah rahmatNya ...

hari ini aku rasa tertarik ingin kucoretkan kisah hidupku di KMPk .. hurrmm , rasanya dah hampir 4 bulan aku meniggalkan alam matrik :) rasa rindu ni sangat mendalam .. rindu kawan-II , semuanya laa ... ish risau jugak nak tau UPU nyhhh ... hahaha

first masuk matrik , masyaAllah .. hanya Allah ja tahu seksanya nak masuk .. ha la apa taknya kami tersangkut kat tengah jalan waw yang banyaknyaaa kereta .. tapi time tu redha ja la , salah aku juga .. tak buat persiapan awal-II .. okayy , bila dah dapat masuk okay la tapi yang malangnya bilik tak cukup , kena la dok rumah tetamu , time tu dalam hati " tak pa ada hikmahnya tu" ..... tak la rasa sedih sangat sebab dah biasa dok asrama .. first yang aku p masjid almagfirah laa , cantikk .. 
pastu mula la orientasiii .. bila dah beberapa hari baru rasa sedihh , takut pun ada , takut tak dapat capai apa yang aku nak , namun ku teruskan jua semua ini *ayat :p * aku yakin pasti ada sebab kenapa aku tergerak hati nak p matrik bukan universiti :) 

kali ni kat sini ja la . nanti aku sambung balik untuk kisah sem 1 :)

Tuesday, 4 February 2014

ilmu :)

assalamualaikum w.b.t :)
kepada yang membaca coretan ana ini diharap enti/enta berada dibawah rahmat-Nya . Aamiin :)
sedang ana khusyukk melayang post-2 teman ana , ana nak berkongsi satu post ni . kisah dia tentang ilmu :)
 





Kebanggaan Ibu. 

Dulu masa saya kecik-kecik, saya selalu dapat no 1 dalam kelas tadika dan sekolah rendah. Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya. Dulu saya dapat 5A UPSR. Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya. Dulu saya dapat tawaran masuk MRSM. Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya. Dulu saya dapat 8A dalam PMR. Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya. Dulu saya dapat tawaran buat kursus medic kat Indonesia. Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya. Tapi bila saya buang semua keduniaan itu dan berikrar untuk turut berjuang menjadi kebanggaan Rasulullah, saya bawa beg dan merantau ke seluruh dunia, saya berhenti di Afrika untuk belajar ilmu agama, dan balik ke Malaysia dengan kesan-kesan Sunnah Rasulullah di badan saya. Semua orang mencemuh dan memandang rendah kepada saya. "Ada ke patut budak lulusan MRSM masuk pondok? Dah la sijil tak diiktiraf, belajar jauh-jauh sampai Afrika pulak tu? Nanti nak makan apa? Bodohnya. Memalukan mak bapak, peluang besar jadi orang besar dilepaskan pulak..." Kata mereka. Tapi... Pada suatu Subuh. Saya pergi ke masjid bersama ibu saya di mana saya merupakan imam di masjid itu. Saya bacakan surah Abasa. Dan sebak ketika sampai ayat Abasa 80:34, Yaumayafirrul mar'umin akhih..... Wa ummihi...wa Abih.... Selesai solat, semasa perjalanan pulang. Ibu bertanya kenapa saya sebak ketika sampai di ayat itu? Saya jelaskan. Ayat itu menceritakan tentang huru hara mahsyar sehinggakan seorang insan itu akan lari daripada saudaranya. Ibunya. Ayahnya. Isterinya. Anak-anaknya. Saya katakan, Di dunia ini, bila kita jadi kaya, orang puji kononnya kita berjaya. Bila kita gunakan dunia untuk mengejar akhirat, orang akan kata kita gila. Sedangkan di mahsyar nanti, semua "kata-kata orang" tu langsung tak bernilai kerana ibu, bapa, anak, isteri, saudara yang di dunia ni sangat rapat dengan kita pun, kelak di mahsyar mereka akan saling melarikan diri daripada berjumpa kerana takut dituntut. Maka saya sebak kerana saya risaukan apa keadaan saya di mahsyar kelak. Pujian orang ramai selama berbelas-belas tahun tu langsung tak bagi manfaat pada saya. Kejian selama bertahun-tahun kerana mengorbankan dunia demi agama juga tak bagi mudarat pada saya. Lalu kenapa manusia masih mengejar pujian orang ramai dan takut dengan celaan mereka? Ibu sekali lagi memeluk saya, tersenyum sambil menangis dan berkata. "Sejuk perut mama anak macam bangchik..." Maka itulah kali pertama dalam hidupku saya berasa sangat gembira akan "pujian" ibuku. Pelbagai pencapaian demi pencapaian yang saya dapat DULU, saya tidak pernah merasa gembira seperti ini walaupun dulu juga saya dipeluk cium ibu dan dipuji. Wahai hamba Allah. Apa sebenarnya yang kalian kejar? Apa pula sebenarnya yang kejar kalian? Mengapa kalian masih mengejar pujian sia-sia manusia? Sedangkan malaikat maut pula tidak pernah lelah siang malam mengejar kalian? Wahai saudaraku. Apakah kalian sedar nafas kalian hanya berbaki beberapa lagi? Sebelum lubang kubur kalian akan digali? Apa yang aku dan kalian ada untuk Allah dan Rasul banggakan? Fikirkan.

apa yang enti/enta dapat dari cerita ni ?

lepas ana baca post nii , semangat ana untuk menuntut ilmu semakin berkobar-kobar . yop kita mencari ilmu p/s : ilmu tu biar la seimbang dunia akhirat ssb nabi bersabda "sebaik-baik kamu ialah orang yang tidak meninggalkan akhiratnya untuk dunianya dan tidak pula dia meninggalkan dunia untuk akhiratnya" so , apa lagi tunggu ? sama-2 kita bertarbiyah ye :)

Tuesday, 31 December 2013

cinta dan rindu

assalamualaikum .......

Rindu ?
rindu itu anugerah kurniaan dari tuhan .
setiap insan yang berhati nurani pasti mempunyai rasa rindu .

cinta dan rindu itu ,
bermula dari adam dan hawa ,
dikisahkan oleh yusuf dan zulaikha ,
diabadikan shah jehan dan mumtaz shah ,
diperikan pula romeo dan juliet ,
diceritakan rama dan sata ,
dilakonkan oleh laila majnun .

sudah menjadi fitrah insani utk merasa suka kepada org lain yang berlawanan jantina . cinta itu satu anugerah yang dikurniakan kepada manusia . tetapi ia haruslah dibawa ke arah yang sepatutnya . aku pon seorang hamba yang takkan lepas dari fitrah itu . tetapi aku cuba hindarkan diri aku dari terus lalai mengejar cinta manusia sekarang aku tengah cuba mencari cinta Ilahi :)





itu la dia aku . muahahahaha

tapi kawan aku ada cakap kalau kita buka hati kita untuk org lain nanti hati kita tertutup utk suami kita . huhuhu . so , aku rasa cinta lepas nikah lagi sweet kott .  .  aku cuba mengamalkan doa ni :


sama-2 kita berdoa ek . saya harap awak terus majuuuu . okayyy . salam :)

Ya Allah terimalah menjadi hambaMu
Ya Allah terimalah aku menjadi perinduMu
disetiap namaMu ada 99 kali RINDU :)


apakah ?

assalamualaikum :)


tanggal 29.12.2010

pada malam itu hati aku menangis menahan perit kata-kata dari seorang kawan . walaupun itu hanya gurauan tapi hati aku tidak dapat menahan perit itu . Aku tak tahu kenapa ? rasanya tak patut pon aku nangis macam tu . tapi hati yang meronta ingin mengeluarkan air mata dari mata ku ini . pada masa itu rinduk pada sahabat-sahabat lama datang meronta di dalam hati . mungkin ada hikmah disebalik semua yang berlaku . Allah dah atur semuanya . "boleh jadi kamu suka sesuatu tetapi ia tidak baik utk dirimu , boleh jadi kamu membenci sesuatu tetapi ia baik utkmu" . so , dari sini aku belajar erti ketabahan dan perubahan . mungkin selama ini aku banyak menyakitkan hati org lain . mungkin aku lebih matang utk berbicara . jadi , aku tak perlu mengeluh dgn apa yang dikurniakan oleh-Nya kepadaku . Ya Allah aku bersyukur atas segala yg Kau kurniakan kepada ku walapun perit .