Wednesday, 27 March 2013

apakah ini :(

 aku sedang berusaha , Ya Allah permudahkan urusanku ini . sesungguhnya aku sangat suka padanya , tetapi aku tak mahu cinta yang sia-II , cukuplah dengan mencintaiMu :')

Sunday, 17 March 2013

my heart say :)










hello assalamualaikum my diary ,

i'm so bored this morning , so my heart interesting to look picture in my sis in law's camera . hoho , guess what? i look many pic her at australia !! OMG , so amazing .. my heart interested to know about australia after i'm look it . hurmm , when-II . AUSTRALIA , i will came just waiting for me ok ;)  . i love to talk about australia today . hurmm , i wish i'm there . what i should do just pray and tell to Allah :) hopefully, Allah hear my pray . sesungguhnya Allah makbulkan doa hambaNya yang terus berusaha .. i'm know , i can't speak english very well .. how to master in english language , especially in speaking ? hoho .. ok , first aku should be brave to try speak , try and always try . people said "practice make prefect" so .. don't stop practice and try . just , usaha , pray and tawakal ;) .. in sha Allah we can success . imegine , duduk rumah kat tepi pantai . waw ! aman kot .. pastu tengok dolphin menari . cute .. hehe . ok , enough for today :) BYE

mood

moshi-II my dear diary ,

ok ! mood nak tengok movie naik la cuti-II ni , tapi sayang aku tak reti la .. geram kot , tapi tak pe ajaja fighting ok :) sekarang aku tengah usaha untuk download . kejayaan tak datang tanpa usaha . nak tengok online , berjam-jam satu movie baru . apa taknya asik tersekat-sekat . mak long piah betol la.. hehehe . nak ucap thanks le kat sorang ni yang bagi maklumat macam mana nak download , ramai dah aku tanya sorang je yang tau :) ARIGATO KOZAIMAS ek awak !

assalamualaikum cinta :)

Thursday, 14 March 2013

diaryku :)

dear diary,

assalamualaikum diaryku ... today i feel not very well .. sesema,batuk and demam tak la sangat .. tapi rasa badn macam lemah je, maybe pikir result kot :) . semalam abang aku bawa berita gembira for all my family . guess what ???? hehehe , i get two anak saudara in this year . waw ! best la mak aku dah ada ramai cucu . In Shaa Allah , harap-harap semua selamat ye . erm, ada something masalah aku yang memang tak terluah dalam diaryku ini ... biarla hanya aku dan Allah saja yang tahu apa  perasaan aku berada di rumah , aku rasa better duduk hostel  lagi ok kot .. tapi-tapi , tu macam lari dari masalah je. tapi aku tak leh buat apa . semuanya jadi tenang bila Allah ada bersama :)

dear diary , aku harap aku seorang yang tabah :)

Wednesday, 13 March 2013

story :)

dear diary ,

aku nak share sikit tentang kisah yang aku jumpa dalam myheppi :) read ..

 

tajuk : mata siapa tak pernah nangis :)



Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain. 

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun. 

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia" 

Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah" 

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat" 

"Ayah, bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun" 

Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini" 

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?" 

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!" 

"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu. 

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya. 

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal. 

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya, pintu rumah itu dibuka. 

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. 
Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?" 

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi. 

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut. 

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu" 

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya. 

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian, saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi". 

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu" 

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" Itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar". 

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya, kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi". 

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka"
 

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir. ALLAHUAKBAR! Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya. 

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat. 

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang. Panjangkanlah risalah ini. Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kamu! 

TAKBIR!! ALLAHUAKBAR! 

Wassallam 

Sumber : http://al-ikhwanbsb.blogspot.com/


p/s : aku mengharap semua mendapat pengajaran ;)

today :(

dear diary ,

today , i feel bad today . rasa macam nak demam je . pagi tadi , dapat berita burung yang abg aku bela terlepas . ntah macam mana , kesian..nak buat macam mana kan? ha , semalam tengok mohabbatein sampai habis . tapi aku tak pula nangis , cause gambaq tu dah banyak kali dah tengok . dapat berita lagi yang result keluaq 21 march pula . HUH ! Macam-macam , apapon kita tunggu ja. mak maafla kalau result tak elok . ani dah usaha setakat yang ani boleh , dah itu ja ani mampu . selagi result tak dapat selagi tu la dok pikiaq :(

Tuesday, 12 March 2013

my feeling

erm , entah la .. semakin dekat dengan result ni macam ada dalam minda aku ni .. serius takut gila . ala ada org kata SPM je , SPM wei! huhu , aku takut aku gagal kali ni .. aku takut 'A' dalam result aku nanti . mmg kena sound la dgn abg aku .. HUH !! Ya Allah , tabahkanlah hati hambaMu ini . tu je aku doa tiap hari , harap doa dimakbulkan . Aku bukan apa . cuma aku ni kalau pasai result ni memang gabra sikit . ni nak kena jumpa kekawan pula . mesti suma dok tanya "wei sal , hg dapat berapa ? " . ok ! jawab je apa yg kite dapat .. A kat dunia tak semestinya A kat akhirat nanti , kita kena la stabil dua2 ye .. aku ada jumpa satu ayat ni "fikir yg baik-baik , cakap yang baik-baik . In Shaa Allah nanti datang yang baik ." now ! i feel better sikit kot , tapi minda aku ni suka fikir yang negatif . SAL !!!!!!!!!! think positif la . doakan aku ... tak silap aku result 20 march ni . and budak kelas nak buat makan-makan . agak-agak la . dapat ke aku nak makan lepas tau result nanti . macam2 perasaan sekarang ni nervous , pening , happy nak jumpa kawan2 , lepas ni dah tak jumpa . harap batch f5 mrsm baling kami batch pertama wei .. apapon good luck untuk suma :)

aku ade terbaca dalam buku GEN-Q and then i meet one artical about "exam" .
 and aku suka ayat ni " mungkin kita boleh menggondol semua 'A' dalam mata pelajaran di dunia ini tetapi akhirnya apabila diperiksa di akhirat , tiada 'A' dalam jiwa : akhlak buruk , akidah lemah , dan semangat selembut lalang ditiup angin "
so , kat sini aku dapat semangat baru untuk take my result soon :)


*smile dear :)