Tuesday, 31 December 2013

cinta dan rindu

assalamualaikum .......

Rindu ?
rindu itu anugerah kurniaan dari tuhan .
setiap insan yang berhati nurani pasti mempunyai rasa rindu .

cinta dan rindu itu ,
bermula dari adam dan hawa ,
dikisahkan oleh yusuf dan zulaikha ,
diabadikan shah jehan dan mumtaz shah ,
diperikan pula romeo dan juliet ,
diceritakan rama dan sata ,
dilakonkan oleh laila majnun .

sudah menjadi fitrah insani utk merasa suka kepada org lain yang berlawanan jantina . cinta itu satu anugerah yang dikurniakan kepada manusia . tetapi ia haruslah dibawa ke arah yang sepatutnya . aku pon seorang hamba yang takkan lepas dari fitrah itu . tetapi aku cuba hindarkan diri aku dari terus lalai mengejar cinta manusia sekarang aku tengah cuba mencari cinta Ilahi :)





itu la dia aku . muahahahaha

tapi kawan aku ada cakap kalau kita buka hati kita untuk org lain nanti hati kita tertutup utk suami kita . huhuhu . so , aku rasa cinta lepas nikah lagi sweet kott .  .  aku cuba mengamalkan doa ni :


sama-2 kita berdoa ek . saya harap awak terus majuuuu . okayyy . salam :)

Ya Allah terimalah menjadi hambaMu
Ya Allah terimalah aku menjadi perinduMu
disetiap namaMu ada 99 kali RINDU :)


apakah ?

assalamualaikum :)


tanggal 29.12.2010

pada malam itu hati aku menangis menahan perit kata-kata dari seorang kawan . walaupun itu hanya gurauan tapi hati aku tidak dapat menahan perit itu . Aku tak tahu kenapa ? rasanya tak patut pon aku nangis macam tu . tapi hati yang meronta ingin mengeluarkan air mata dari mata ku ini . pada masa itu rinduk pada sahabat-sahabat lama datang meronta di dalam hati . mungkin ada hikmah disebalik semua yang berlaku . Allah dah atur semuanya . "boleh jadi kamu suka sesuatu tetapi ia tidak baik utk dirimu , boleh jadi kamu membenci sesuatu tetapi ia baik utkmu" . so , dari sini aku belajar erti ketabahan dan perubahan . mungkin selama ini aku banyak menyakitkan hati org lain . mungkin aku lebih matang utk berbicara . jadi , aku tak perlu mengeluh dgn apa yang dikurniakan oleh-Nya kepadaku . Ya Allah aku bersyukur atas segala yg Kau kurniakan kepada ku walapun perit .

Friday, 20 December 2013

KMPk's LIFE

assalamualaikum .. salam satu malaysia , salam sayang :) hehehe . yop , lama giler aku  tak coretkan kisah hidup aku di blog aku ni . aku rasa lepas aku dah masuk kolej matrikulasi perak or senang kata KMPk la . aku dah tak karang esei kat sini .well , orang yang "rajin" sgt kan nak buat nukilan ni . hoho , sekarang ni aku dah sem 2 dekat KMPk ni . wahhh , sat ye masa berjalan kan . ha , aku pun tak cerita lagi kawan-2 aku dekat KMPk ni . Alhamdulillah , setakat ni Allah memberi ketabahan kepada aku untuk meneruskan kehidupan di KMPk ni . Result pun Okayyy . Harap sem 2 lebih baik . Amiin . okayyyy , now lets me introduce my friend's KMPk :)


_A2T7a _

yang depan ada fatin , aisyah , aku , fazzzz , epot , syam , ainnur , gee , kak pah and syiqa (sori syiqa tak ade) . lelaki pulak ada taufiq , daus , danny and roslee (tak ade jugak )

dia orang okayyyy je . semua baik-2 :) suke kenal dia orang :) Alhamdulillah terbina ukhwah dekat sini .

harapan kita orang kat sini nak berrrjayyaaa . doakan ek . aku rasa sudah kot ku coretkan kisah KMPk nihhh . Assalammualaikummm .

Wednesday, 27 March 2013

apakah ini :(

 aku sedang berusaha , Ya Allah permudahkan urusanku ini . sesungguhnya aku sangat suka padanya , tetapi aku tak mahu cinta yang sia-II , cukuplah dengan mencintaiMu :')

Sunday, 17 March 2013

my heart say :)










hello assalamualaikum my diary ,

i'm so bored this morning , so my heart interesting to look picture in my sis in law's camera . hoho , guess what? i look many pic her at australia !! OMG , so amazing .. my heart interested to know about australia after i'm look it . hurmm , when-II . AUSTRALIA , i will came just waiting for me ok ;)  . i love to talk about australia today . hurmm , i wish i'm there . what i should do just pray and tell to Allah :) hopefully, Allah hear my pray . sesungguhnya Allah makbulkan doa hambaNya yang terus berusaha .. i'm know , i can't speak english very well .. how to master in english language , especially in speaking ? hoho .. ok , first aku should be brave to try speak , try and always try . people said "practice make prefect" so .. don't stop practice and try . just , usaha , pray and tawakal ;) .. in sha Allah we can success . imegine , duduk rumah kat tepi pantai . waw ! aman kot .. pastu tengok dolphin menari . cute .. hehe . ok , enough for today :) BYE

mood

moshi-II my dear diary ,

ok ! mood nak tengok movie naik la cuti-II ni , tapi sayang aku tak reti la .. geram kot , tapi tak pe ajaja fighting ok :) sekarang aku tengah usaha untuk download . kejayaan tak datang tanpa usaha . nak tengok online , berjam-jam satu movie baru . apa taknya asik tersekat-sekat . mak long piah betol la.. hehehe . nak ucap thanks le kat sorang ni yang bagi maklumat macam mana nak download , ramai dah aku tanya sorang je yang tau :) ARIGATO KOZAIMAS ek awak !

assalamualaikum cinta :)

Thursday, 14 March 2013

diaryku :)

dear diary,

assalamualaikum diaryku ... today i feel not very well .. sesema,batuk and demam tak la sangat .. tapi rasa badn macam lemah je, maybe pikir result kot :) . semalam abang aku bawa berita gembira for all my family . guess what ???? hehehe , i get two anak saudara in this year . waw ! best la mak aku dah ada ramai cucu . In Shaa Allah , harap-harap semua selamat ye . erm, ada something masalah aku yang memang tak terluah dalam diaryku ini ... biarla hanya aku dan Allah saja yang tahu apa  perasaan aku berada di rumah , aku rasa better duduk hostel  lagi ok kot .. tapi-tapi , tu macam lari dari masalah je. tapi aku tak leh buat apa . semuanya jadi tenang bila Allah ada bersama :)

dear diary , aku harap aku seorang yang tabah :)

Wednesday, 13 March 2013

story :)

dear diary ,

aku nak share sikit tentang kisah yang aku jumpa dalam myheppi :) read ..

 

tajuk : mata siapa tak pernah nangis :)



Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain. 

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun. 

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia" 

Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah" 

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat" 

"Ayah, bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun" 

Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini" 

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?" 

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!" 

"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu. 

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya. 

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal. 

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya, pintu rumah itu dibuka. 

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. 
Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?" 

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi. 

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut. 

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu" 

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya. 

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian, saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi". 

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu" 

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" Itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar". 

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya, kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi". 

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka"
 

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir. ALLAHUAKBAR! Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya. 

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat. 

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang. Panjangkanlah risalah ini. Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kamu! 

TAKBIR!! ALLAHUAKBAR! 

Wassallam 

Sumber : http://al-ikhwanbsb.blogspot.com/


p/s : aku mengharap semua mendapat pengajaran ;)

today :(

dear diary ,

today , i feel bad today . rasa macam nak demam je . pagi tadi , dapat berita burung yang abg aku bela terlepas . ntah macam mana , kesian..nak buat macam mana kan? ha , semalam tengok mohabbatein sampai habis . tapi aku tak pula nangis , cause gambaq tu dah banyak kali dah tengok . dapat berita lagi yang result keluaq 21 march pula . HUH ! Macam-macam , apapon kita tunggu ja. mak maafla kalau result tak elok . ani dah usaha setakat yang ani boleh , dah itu ja ani mampu . selagi result tak dapat selagi tu la dok pikiaq :(

Tuesday, 12 March 2013

my feeling

erm , entah la .. semakin dekat dengan result ni macam ada dalam minda aku ni .. serius takut gila . ala ada org kata SPM je , SPM wei! huhu , aku takut aku gagal kali ni .. aku takut 'A' dalam result aku nanti . mmg kena sound la dgn abg aku .. HUH !! Ya Allah , tabahkanlah hati hambaMu ini . tu je aku doa tiap hari , harap doa dimakbulkan . Aku bukan apa . cuma aku ni kalau pasai result ni memang gabra sikit . ni nak kena jumpa kekawan pula . mesti suma dok tanya "wei sal , hg dapat berapa ? " . ok ! jawab je apa yg kite dapat .. A kat dunia tak semestinya A kat akhirat nanti , kita kena la stabil dua2 ye .. aku ada jumpa satu ayat ni "fikir yg baik-baik , cakap yang baik-baik . In Shaa Allah nanti datang yang baik ." now ! i feel better sikit kot , tapi minda aku ni suka fikir yang negatif . SAL !!!!!!!!!! think positif la . doakan aku ... tak silap aku result 20 march ni . and budak kelas nak buat makan-makan . agak-agak la . dapat ke aku nak makan lepas tau result nanti . macam2 perasaan sekarang ni nervous , pening , happy nak jumpa kawan2 , lepas ni dah tak jumpa . harap batch f5 mrsm baling kami batch pertama wei .. apapon good luck untuk suma :)

aku ade terbaca dalam buku GEN-Q and then i meet one artical about "exam" .
 and aku suka ayat ni " mungkin kita boleh menggondol semua 'A' dalam mata pelajaran di dunia ini tetapi akhirnya apabila diperiksa di akhirat , tiada 'A' dalam jiwa : akhlak buruk , akidah lemah , dan semangat selembut lalang ditiup angin "
so , kat sini aku dapat semangat baru untuk take my result soon :)


*smile dear :)

Thursday, 28 February 2013

memories maktab :D

today , i want story you about my life at MJSC BALING :) tutup.. dah habis pun belajar kat sana .. selama dua tahun jangka masa yang agak panjang la .. aku belajar banyak perkara .. memang aku tabik la budak-II maktab especially president BWP kami ... ghadaffi nama dia , dia selalu bagi ceramah yang bermanfaat .. tak lupa juga kepada geng2 badar yang banyak berkongsi ilmu .. ok ! memory yang aku tak boleh lupa when i;m with my member class :) bagi aku kelas bi fun :) tu masa main ja , kalau tak ramai ja yang tido ..hahahhaha .. ni aku ada jumpa video2 which make me remember class BI :)


 


ni kalau tak silap aku kami kene buat bulatan and then cakap kat orang sebelah "i love you" or anything to make the person yang kita luahkan smile bila jawab dia kena jawab "i love you to but i cannot smile " p/s : jangan gelak bila jawab :p .. best sgt .. tapi video ni sat ja la .




ni group anas , echah , brochet , zahira and nuriah :p








Wednesday, 27 February 2013

cinta itu buta =.=

 

cinta ? cinta ? semua orang ada perasaan tu kan . bohong sangat la kalau tak dak tu . cinta ? tak semestinya pada jantina yang berlainan saja . first cinta kita tentulah cinta pada Ilahi . cinta ni memang susah kita nak rasa , kecuali yang betul-II ada hidayah . seterusnya cinta pada family and kawan-II . and last baru cinta pada insan yg berlainan jantina . sedang saya dok baca satu buku ni dari kawan saya . satu warkah yang dapat menarik perhatian saya . so , saya nak kongsi la apa yang saya dapat :)


tajuk : cinta itu buta :)

cinta itu buta ?
memang cinta itu tidak bermata,tapi tidak pula buta kerana kitalah mata itu,mata yang letaknya dihati, hati yang seharusnya berjalankan petunjukNya . bukanya...yang disuluh dari cahaya duniawi . seharusnya jaanganlah biar ia dikaburi nafsu , kelak ketajaman mata itu kian hilang bisanya lalu terus tumpul . Asahlah ia dengan zikrullah , siramilah ia dengan basah lidah suarakan selawat buat Rasullullah , Suburilah ia dengan muhasabah ....

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

kenapa dikatakan cinta itu buta ??
kerana bila tidurnya tidak lena , mandinya tidak basah , makannya tidak kenyang , hilang tumpuan sibuk dan asyik terkenangkan orang tersayang , ingatan persis layang-II  terbang di awan terapung bersama angan-II 
Bila nasihat orang tua dikatakan penghalang , bila yang haram menjadi halal ... berjalan beriringan sambil berpegangan tangan .. naik motor berpelukan takut tercicir di jalanan ... lama kelamaan kesucian menjadi korban , kononnya sebagai tanda cinta sejati tidak berbelah bahagi . yang paling diendahkan ... bilamana tanggungjawab sebagai hambaNya mula diabaikan , bilamana kitabNya sudah tidak betah ditangan .. dek kerana mata hati yang mula kabur terjerumus dalam cinta dunia ...

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Ya Allah , jangan kiranya hati itu milikku ,
Ya Allah , jangan juga kiranya anak itu adalah aku ,
Ya Allah , ku tak sanggup memilikki tangan itu ,
Ya Allah , jauhkanlah dari 'dimiliki' mahupun memiliki cinta seperti itu .
Ya Allah , ku takut kiranya akulah hambaMu yang tidak bertanggungjawab itu .

ku pohon padaMu , payungilah aku dari panahan nafsu syaitan , 

kuharapkan teduhan di bawah lembayung rahmatMu ,
kutagih redup dari rimbunan pohon kasih sayangMu ,
kutahu ya Allah , ku tak layak menghuni syurgaMu ,
tapi tidak pula ku ingin kenerakaMu .. Aamiin :)
namun begitu ya Allah , layakkah aku untuk CINTA AGUNGMU ????

Monday, 25 February 2013

it's a rainy day here :)

hujan yang membasahi bumi :)

dah tiga hari aku rasa hujan ni turun tak henti-II membasahi bumi baling ini . hujan-hujan ni apa la yang boleh dibuat . termenung ja la :) . serius sejuk dan nyaman ja bila hujan ni . tapi aku ni jenis tak tahan sejuk . Aku rasa dah beku dah ni . kawan aku ada kata . " macam mana la hang nak p oversea" . ala kawan oversea tak semuanya sejuk . maybe , antibodi aku ni tak kuat kot . kalau hujan macam ni teringat kat maktab la pula . time hujan la aku kena tarik katil aku . biasa la dah nasib aku ditakdirkan dok tepi tingkap . apa boleh buat nasib badan . kain baju pun tak boleh nak jemur :/ . habisla baju2 aku . memang tak kering la . kalau hujan macam ni beli cucuq pisang pon sedap :p tengkak aku ni memang lama tak rasa cucuq pisang :) . hujan yang turun bagaikan mutiara . lagu nyanyi sapa ntah . aku tak pasti .. tapi hujan kali ni memang terasa la sebab tak boleh p mana2 pon . tinggal tuan puteri ni dalam bilik update blog :) tapi aku bersyukur , sebab hujan kan rahmat kepada makhluk Allah . Alhamdulillah :)

result :/

assalamualaikum ! dah tiga hari hujan turun tanpa berhenti , sejuk giler .. tambah-II pagi-II nih :) tapi tak pa hujan kan rahmat Allah kepada makhlukNya dimuka bumi yang hijau dan serba indah ini :) syukur Alhamdulillah aku masih bernafas dan dapat meneruskan hidup ini . kita hidup dibumi ni hanya sementara . hidup ni umpama kita memainkan watak dalam lakonan . semua Allah dah tentukan . tapi nasib umat manusia tidak akan berubah jika mereka tidak berusaha untuk merubahnya .

hari ni aku nak ceritakan tentang perasaan aku yang dupdapdupdap . nak tahu kenapa ? apa lagi kalau bukan pasal result SPM , yang nak menentukan hidup aku seterusnya . aku hanya mampu berdoa saja . tapi menunggu ni kadang-II menyakitkan . tapi perasaan takut nak ambik result bukan main kepalang lagi . ya la , aku takut tak dapat nak puaskan hati family aku . tambah-II mak dengan abang aku .abang aku susah payah cari duit untuk sara aku kat sana . mak aku pon sama :) . tapi aku rasa bersalah kalau result aku tak sama macam apa yang diharap . aku tak yakin nak pegang 9A . tapi aku harap sangat-II sekurang kurangnya 5A keatas . aamiin :) wahh ! tak sbar nak jumpa kawan-II la . dah 4 bulan kot tak jumpa depa semua . aku harap sangat batch kami dapat result yang cemerlang . erm, yang tak bestnya kena pakai baju macam kami p daftar dulu . BAJU SEKOLAH . ni permintaan ketua penyelaras F5 .. dusshh !! aku rasa tak dapat nak penuhi permintaan ni la .

sebelum ni macam-II berita bila result keluaq . ada yang kata 28.2 la , 13.3 la 20.3 la .. macam-II la . tapi selepas selidik punya selidik keputusan kementerian pelajaran kata 20.3 . ok la tu tak awal sangat macam yang pengetua kata . aku paling tak suka bila tunggu result :( bosan2 + takut + ketaq lutut and segalanya ada kat aku . apa nak buat kita dah berusaha just tawakal ja la. aku takut aku tak dapat nak meredhakan result aku nanti . bukan senang nak redha , cakap memang la senang :'( sob3 . yang aku paling takut BI , ADD MATH , CHEMIST , FIZIK , ACC suma subjek la .. arggghhh . ok! redha2 .. banyakkan berdoa . Ya Allah , berilah keputusan cemerlang kepada batch f5 mrsm baling 2012 keputusan yang cemerlang .. Kau jauhkanlah kami dari kegagalan ..  Ya Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang setidak tidaknya kau berikan lah apa yang ibu bapa kami harapkan  . Ya Allah makbulkan doa hambaMu ni Ya Allah :') aamiin :)

Thursday, 21 February 2013

yes ! memang bosan =..="

well2 , semua orang bosan kan duduk rumah tanpa melakukan apa-II ? hidup aku sekarang ni dengan laptop ni je , tu pon abang aku baik hati lagi bagi internet ni :) hopely lambat lagi la ;) tapi-II aku bosan juga ya la asyik buat benda yang sama ja . sapa tak bosan habaq meyh kat cheqq !! ok daripada aku terus menceritakan pasai kebosanan aku ni baik aku cerita pasai BFF aku sorang ni .. actually , ramai ja kawan aku . tp yang ni aku paling-II rapat .. walaupun kami pernah gaduh .. normal la tu . setiap persahabatan mesti ada pergaduhan . bestfiend--->gaduh--->berbaik--->gaduh--->berbaik . itulah dimaksudkan "BestFriend" . mereka memang tak boleh dipisahkan . inilah kehidupan persahabatan kami :) :) .ramai ja yang aku kawan tp yang ni lain sikit :)

ok-II dah2 , back to the topic about my bestfriend ^o^ . kami kenal dah nak masuk 3 tahun . wah satnya masa berlalu . ermm, tut-II dah berpisah dengan semua kawan :'( . ok , nama mak dia beri , eh-II memandai je . i don't know la mak dia bagi ke , atok dia ke or ayah dia :) :) yang aku tau nama dia aisyah bt ahmad . kami kenal masa f4 . Alahamdulillah Allah takdirkan kelas kami sama . kalau tak memang aku tak kenai dia la .. HAHAHA , itulah yang dipanggil takdir kan ? . dalam lab kami dok sebelah-II tp-II dalam kelas kami dok jauh beribu batu , dia kat kutub timur aku kutub barat .. hahahaha. biarla jauh pun janji boleh berhubung . betoi tak ? hehehe .. lagi-II .. kami ni sekaki , ah ! sekaki ? korang tahu kaki apa ? bukan kami ni sekaki kembar . hehehe , kami ni "kaki tom yam" . hehe .. ni ada gambaq masa kami p penang :) :) :)

ni dekat batu ferigghi :)
yg tengah tu mizah . kami p rumah dia :)))



ni dekat masjid terapung penang :)))





tapi-II entah la , dekat-II nak spm hubungan agak regang .. tak tau pasaipa .. banyak salah faham kot , biasala tu .. tapi dekat nak habis hubungan kami jadi macam biasa balik :) :) alhamdulillah .....la ni dia dah sambung belajaq kat kpm beranang :) :) .. 

saya salwani yusof sentiasa mendoakan awak berjaya :) :) amin ^-^ 

ni ada ayat untuk hg :)




ingat tu :p... moga persahabatan kita takkan putus walaupun berjauhan  ^-^
















































Tuesday, 19 February 2013

sambungan last meja yg terakhir :)

part 5 : i'll say a special prayer for you that all the dreams you have come true :)

1and 2 ) dimana bebe disitu ada umi .. suma ada pasangan masing :) umi suara dia sedap aku suka dengar bila dia ngaji ^_^ bebe pula mcm ibu yg selalu nasihatkan anak2 hahaha ... bebe kreatif orangnya . aku suka tgok hasil keja dia kemas kot :)

kelabu tu umi yg kuning bebe :)

3) hoho .. kata katanya amat pedas :p dulu senyap je tp sekarang bukan main pedas lagi . aku la mangsanya :) tp apa pon tetap kawan :) nama dia nuriah anak jusoh >.<

yg pakai spek tu .. suara kecik :)

4) ok ! dia ni aku kenai masa aku tadika lagi .. sekolah menengah dari f1 until f3 kami tak rapat sgt .. pastu p maktab boleh la rapat ckit je .. dia ni senyap . suma tak tau perangai dia mcm mana .. hanya org kenai je yg tau .. cth budak dorm tau la :p apapon dia sgt baik :) aku dah cari gambaq dia tak jumpa la :(

5) hihihi , ni nama dia yani .. aku rapat dengan dia jugak .. selalu sembang dengan dia .. hahaha , first kenai dia masa dia sakit kat sickbay .. lawak2 :) dia org kedua aku rapat :)

baju purple tu saya :)

~~ the end~~`


ucapan : semoga ukhwah kite berpanjangan ok .. ayyasy the best .. aku harap kite dapat result gempak nanti :)










sambungan meja 4 pulak :)

part 4 : never hate , live simply , expect a little , give a lot , always smile :) live with love and be with GOD <3

dah lama tak update :) ok mai aku nak perkenalkan lg .. dushhh !! tak habis lg ke .. sabo2 ada dua meja lagi :)

1dan 2) dia ni budak hr aku .. nama dia wani , aku suka dengaq dia cakap , memang pekat la .. dalam kelas dia tak bising sgt dia dengan mp3 dia la ... dunia dia :) tp kat dorm .. bila sembang perghh , hahaha .. mmg best la kawan dengan dia ... nama pon dah hampir nak sama :p .. dimana wani disitu la fiza ada .. fiza a.k.a che man .. HAHAHA .. dia ni lawak , pandai .. klau gelak kalah pontianak .. hahaha . :) peminat bola nih ..

cun kan ? wani kiri fiza kanan :)

3) hohoho , ni budak kl ... nama dia iffah .. dia mentor acc aku , aku suka bila dia ajar .. mmg paham .. thanks ipah :p budak hr aku paling pandai .. hahaha

4) ok , mana ada ipah ada la si mia ni .. hahaha , dua2 comel :) cute gitu .. mia ni kalau dapat lari memang tak igt dunia la .. :)

biru mia purple iffah :)
5) orang nya comel macam taylor swift .. hehehe , always bagi nasihat kat aku .. muka je ayu garang bukan mai kepalang lg .. hahahaha , nama dia amirah fatin a.k.a mini ( selalunya yg rapat dgn dia je panggil nama ni ) apapon mini always terbaik :p

hehehe .. comey kan ?

6) hoho .. nama dia amira harun .. PRS yg berdedikasi :p selalu bg nasihat yg baik ^_^ suka dengar dia marah :)

what are you doing mira ? ^O^

~~~ be continue~~~









Monday, 11 February 2013

sambungan meja 3

part 3 : whatever you are facing today , remember to give yourself . some credit for making it this far . you     are stronger than you know :)

ok ! pada waktu petang sekarang ni aku nak isi masa aku dengan memulakan kembali nukilan aku tentang budak2 kelas kesayangan aku nyh ;) meja tiga ni org dia pelik2 ckit , depa la yg suka buat lawak dalam kelas aku nyh :)

1) nama diberi ANAS SYAFIQ .. orangnya kecik je , so orang panggil dia anas kecik , sebab kat mktb ada   sorang g nama anas :) , peminat najwa latif ni , aku tak tau la apa yg ada kat si wawa tu . HAHAHA . dia ni suka buat lawak , suka tido dalam kelas , boleh kata suma subjek dia nak tido . dia ni la yang suka cari pasai ngan aku , btw gaduh2 baik balik . orangnya baik la jugak , hari tu mak dia belanja kami kfc , kamshahamida :) sedap tau :p

ok ! anas yg cerah tu , sat aku nak cita pasai yg sebelah dia tu . kat mana ada anas kat situ ada dia :)

2) yg ni gambar kat atas tu , nama dia KHAIRUL AKMAL a.k.a BROCHET , nak tau tak apa cita2 dia? huh ! tinggi kot cita2 dia ni , ermm , nak tau dia nak jadi PM . wah ! hahaha , harap2 berjaya ya bro :) orgnya agak kreatif .. lawak juga kadang2 .. ok , i'm just want say to you " semoga berjaya jd PM "

3) ermm , ni budak homeroom aku , dia ni pandai .. baik la juga , first dulu rasanya dia ni pediam la juga , bila dah kenal bukan diam lagi la . mentor kimia aku , thank you ajar aku :) rasanyaa dia ni tak dak apa sangat nak cita :p


ok ! mcm pandai ja kan? mmg pandai pon :)

4) ni org paling tinggi dalam kelas aku . first time aku jumpa org tinggi macam tu :) dia sporting jugak . btw , kami tak la rapat so, tak dak pa sangat nak cita la. nama dia anwar aiman a.k.a peter.

tinggi kan ?
5) ok2 , i want introduce budak paling bajet dalam kelas , nama dia umar . dia selalu cari pasai dengan orang tp dia ni baik , suruh la dia p beli sat dia p la .. HAHAHA , selalu pekena dia , . aku nak cita jugak pasai budak sebelah dia , nama dia fikri . badar dalam kelas aku . nampak mcm sombong tp ok2 ja . baik juga . dulu nampak macam pendiam tp bila cakap perghh . ada la ayat2 pedas yg kuaq . sapa terasa telan je la :)

hot dah aih , mcm artis :)

ok ! dah habis pasai budak2 meja 3 . fuhh !! tinggal 2 meja lagi :)
















Saturday, 9 February 2013

sambungan meja2

part 2 : don't fear the enemy that attacks you , but the fake friend that hugs you :)

ha , meja 2 ni merupakan puteri2 dalam ayyasy :) jom2 kenai depa nih :p kalau berkenan salah sorang dari depa habaq mai kat cheq nih :)

1) SARAH nama diberi , orangnya comel dan baik , dia ni sapa tak kenai dia BWP .. biro apa ntah .. sorry tak ingat , sepanjang aku kenai dia , dia ni memang minat korea , agaknya orang minat korea gila2 ni pandai fizik kot , hehehe ,, walaupun suka tido result always gempak la .. chemist bagi je kat dia .. sarah memang baik :) aku suka dapat kawan dengan dia .

setahu aku dia nak jadi farmasist kot :)

2) hoho , ni diva hot kelas kami , baik , comel dan sporting .. kelas kami ni memang ramai yang bajet :p .. dia ni sama selera dengan aku .. peminat hindustan , satu kepala la .. org panggil pkah :)

hohoho,tak dan snap :)

3) yang ni pula kawan baik aku .. nama dia AISHAH , baik orangnya , ada lesung pipit lagi .. orang baling , mybe sebab tu kot kami boleh rapat . yang ni cita kit2 je nanti nak buat nukilan lain :)

opssss ! bkan yg tudung hijau tu but tudung pink  tu :)
4) yang ni pula sejarawan kelas kami merangkap penolong kelas kami .. wah ! dia ni bab debat2 bagi je kat dia , mesti kena pangkah la :P nama dia SHAZIRAH , kami panggil maneyh .. eh2 tak G-AH la ;)

mentor sejarah aku nih :)
5) kecil2 cili api ni ... kalau cakap tak tau button stop .. hahaha , orangnya kecil comel molek , pandai pula tu :) nak tau nama dia apa . hehehe , ZAHIRA nama diberi .

pewitttttttttttttt :3 comel an??
6) hohoho , orangnya memang cun *orang baling* . rapat jugak dengan aku , kak dia ustazah kat sekolah lama aku .. muka dia ala2 siti nurhaliza la tp versi baling punya .. nama dia FAIZAH . :) PRS kat maktab :)

yang tudung purple tu la , ada macam siti tak ? hahaha

*rehat sebentar bersama kitkat ;)











Tuesday, 5 February 2013

part 1 : ayyasy meja 1 .

part 1 : it's not who you are or how you act , it's who i'm with you , because i love you for who you are :)

hoho , di pagi yang indah ni , aku nak isi masa aku dgn menceritakan kehidupan aku di kelas , HAHA,
utk pengetahuan hangpa kelas aku *kat mjsc baling* sgt la awesome (yeke???) HAHAHA , ok ! biasala lumrah hidup ada sedih , ada suka .. tu normal la . apa yg penting mcm mana kami suma hadapi . betul tak ?

apa ek nama kelas aku . ha ! 5 ayyasy ( sempena nama seorang ulama) .. first aku masuk kelas tu aku ni senyap la juga *muka comel* biasa la budak baik *puji diri* :) , bak kata pepatah ala bisa tenggal biasa (ek betoi ke peribahasa nyh , hentam saja) .. semakin lama aku semakin menjadi tidak pemalu ;)
ok , dah2 la puji diri sal oii..HAHAHA , balik pada kelas aku .. sumanya ada (tolak tambah bahagi darab) sumanya 30 org .. yg paling baik aku la :) hehehehe

mai2 cheq nak kenaikan depa sorang2 ..

1) nama dia haslim .. dia ni kuat merajuk kot , hahaha .. tp best la . lawak tgok cara dia merajuk , tambah2 kalau time sej , ckg suma suka kacau dia .. kadang2 bajet (kalau bab ckp kat depaan kelas bg dia ja ) semangat tahap gaban derrr .. sporting , best kalau sembang2 ngan dia .. haslim hg mmg baik la n aku suka sembang ngan hg ..

ni dia HASLIM . bajet ek :p

2) yg ni lain sikit org nya panas baran sikit , tp kadang2 tu sporting  kat mana ada haslim kat situ la ada adam ni . depa ni kawan baik la..dia ni tak suka org yg hegeh2 ka , apa2 la..yg pasti ayat dia mmg pedas la . aku pon pernah terasa ngan dia tp nak buat mcm mana ..baik buruk kawan kita kena terima :)
tp ADAM hg mmg baik aku tau .. 

ahli taek kwan  do , tgk muka dah tau kan ganas :p
3) erm , sapa ek ? ha.. dia ni mmg garang , LDP katakan .. dengaq cita kat aspura dia la dok jerit2 clear block .. hahaa, dia ni mmg suka debat , ayat dia power la .. HAHAHA , ish ! aku tak tau sangat pasai dia nih .

ni dia empunya dia :)

4) ni budak pandai dalam kelas aku , 24/7 asyik study je , tapi aku tabik la kat dia , bagi je soalan akaun pa pon kat dia mesti dapat jawapan , tp agak selfish la , biasa la manusia ada baik ada buruknya ... cg jasmin pun berharap kat dia je .. apapon dia selalu la jugak tolong kawan2 . walaupun kami selalu kata kat dia . sorry la zul .. mulut manusia ;)
ada gaya cg tak? mmg kena la dengan cita2 dia.

5) ni dia ketua kelas yg dilantik oleh kami suma .. sgt2 "bertanggungjawab" HAHAHA , nama dia HAFIZ . penyanyi awan nano la *ye ke* jauh langit dengan bumi .. dia ni sporting la jugak . kadang2 menyakitkan hati nih . erm , tapi tetap kami kena hormat dia sebagai kawan and ketua kelas *angkat tangan tabik hormat ! *

namapak tak ? dia la dia president terhormat kami :p
6) ehem2 yg ni terbaik dari yg terbaik *ish , apa la aku merapu ni* whateva ! sambung balik ..dia ni paling femes kat maktab aku , aku rasa bukan baling ja tapi kebanyakkan maktab kenai dia .. ramai la pompuan minat kat dia .. muka baik je , siap ada nur lagi . HAHAHA *eh ! jgn puji sgt2* .. dia ni BWP kat maktab biro kerohanian merangkap ketua badar .. suara dia perghhhhhhhhhhhhhhhh , mmg sedop la kalau mengaji , aku mmg kagum dengan dia , selama aku kawan dengan dia tak pernah aku tengok dia marah , demdam pun dia tak pernah .. rasanya dia la laki yang paling baik yang pernah aku jumpa *agaknya orang baling memang baik kot :) * eh2 banyak nya cita sampai lupa nak habaq nama dia , nak tau ek nama dia ? erm , nama dia MUMTAZ *tak silap maksud di cemerlang kot* .. dia juga dapat tokoh pelajar maktab .. peramah dengan suma orang , cara cakap agak baku la , suara dia best .. :) mumtaz terbaik la !

masa ni dia kurus sikit , dah macam atok2 dah ;)














myself :)

Assalamualaikum .. hai , hari ni 5/2/2013 aku buat blog baru . ni la dia , blog lama ntah apape =..=''
Btw , aku harap dengan blog baru ni banyak information aku dapat . i hope that.

firstly , saye nak la introduce myself :) lets read ..


aku yang tengah tu :p



nama : salwani bt yusof
umur : 17 tahun (muda lagi)
tarikh lahir : 13.9.1995 (jgn lupa bg hadiah besaq2)
tempat lahir :hospital baling
tempat tinggal ;kg landak bukit baling (anak jati baling :D)
cita2 : x nak la tinggi sgt akautan pun jd la  Suri Rumah Tangga Sepenuh Masa
hobi : online and baca novel
bilangan adik beradik : 9 org anak ke-8
status : bujang lg
org yg paling dicintai : Allah,nabi muhammad,emak,ayah,abg,akak,adik,anak saudara and kawan2
sikap : seorang yg peramah and ceria ermm baik juga.
matlamat hidup : ingin berjaya and dapt kumpul duit hantaq mak ayah p mekah and last sekali dapat kawin dgn laki yg baik2..yg boleh bawa kearah kebaikan :D
harapan : dpt jd anak yg solehah kpd ibu bapa dan isteri soleha kepada suami tercinta..
ayat2 semangat : sometimes,you just have to smile. Pretend everything's okay,hold back the tears and just walk away :D
kata2 yg paling suka : a moment of HARDSHIP that remind you of Allah is better for you than amoment of EASE that made you forget Allah ..


p/s :kalau ada pape nak tnya , tnya la xD