Saturday, 9 August 2014

kmpk 1

ku coretkan kisahku ini dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim ...


Assalamualaikum , harap semua dibawah rahmatNya ...

hari ini aku rasa tertarik ingin kucoretkan kisah hidupku di KMPk .. hurrmm , rasanya dah hampir 4 bulan aku meniggalkan alam matrik :) rasa rindu ni sangat mendalam .. rindu kawan-II , semuanya laa ... ish risau jugak nak tau UPU nyhhh ... hahaha

first masuk matrik , masyaAllah .. hanya Allah ja tahu seksanya nak masuk .. ha la apa taknya kami tersangkut kat tengah jalan waw yang banyaknyaaa kereta .. tapi time tu redha ja la , salah aku juga .. tak buat persiapan awal-II .. okayy , bila dah dapat masuk okay la tapi yang malangnya bilik tak cukup , kena la dok rumah tetamu , time tu dalam hati " tak pa ada hikmahnya tu" ..... tak la rasa sedih sangat sebab dah biasa dok asrama .. first yang aku p masjid almagfirah laa , cantikk .. 
pastu mula la orientasiii .. bila dah beberapa hari baru rasa sedihh , takut pun ada , takut tak dapat capai apa yang aku nak , namun ku teruskan jua semua ini *ayat :p * aku yakin pasti ada sebab kenapa aku tergerak hati nak p matrik bukan universiti :) 

kali ni kat sini ja la . nanti aku sambung balik untuk kisah sem 1 :)

Tuesday, 4 February 2014

ilmu :)

assalamualaikum w.b.t :)
kepada yang membaca coretan ana ini diharap enti/enta berada dibawah rahmat-Nya . Aamiin :)
sedang ana khusyukk melayang post-2 teman ana , ana nak berkongsi satu post ni . kisah dia tentang ilmu :)
 





Kebanggaan Ibu. 

Dulu masa saya kecik-kecik, saya selalu dapat no 1 dalam kelas tadika dan sekolah rendah. Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya. Dulu saya dapat 5A UPSR. Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya. Dulu saya dapat tawaran masuk MRSM. Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya. Dulu saya dapat 8A dalam PMR. Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya. Dulu saya dapat tawaran buat kursus medic kat Indonesia. Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya. Tapi bila saya buang semua keduniaan itu dan berikrar untuk turut berjuang menjadi kebanggaan Rasulullah, saya bawa beg dan merantau ke seluruh dunia, saya berhenti di Afrika untuk belajar ilmu agama, dan balik ke Malaysia dengan kesan-kesan Sunnah Rasulullah di badan saya. Semua orang mencemuh dan memandang rendah kepada saya. "Ada ke patut budak lulusan MRSM masuk pondok? Dah la sijil tak diiktiraf, belajar jauh-jauh sampai Afrika pulak tu? Nanti nak makan apa? Bodohnya. Memalukan mak bapak, peluang besar jadi orang besar dilepaskan pulak..." Kata mereka. Tapi... Pada suatu Subuh. Saya pergi ke masjid bersama ibu saya di mana saya merupakan imam di masjid itu. Saya bacakan surah Abasa. Dan sebak ketika sampai ayat Abasa 80:34, Yaumayafirrul mar'umin akhih..... Wa ummihi...wa Abih.... Selesai solat, semasa perjalanan pulang. Ibu bertanya kenapa saya sebak ketika sampai di ayat itu? Saya jelaskan. Ayat itu menceritakan tentang huru hara mahsyar sehinggakan seorang insan itu akan lari daripada saudaranya. Ibunya. Ayahnya. Isterinya. Anak-anaknya. Saya katakan, Di dunia ini, bila kita jadi kaya, orang puji kononnya kita berjaya. Bila kita gunakan dunia untuk mengejar akhirat, orang akan kata kita gila. Sedangkan di mahsyar nanti, semua "kata-kata orang" tu langsung tak bernilai kerana ibu, bapa, anak, isteri, saudara yang di dunia ni sangat rapat dengan kita pun, kelak di mahsyar mereka akan saling melarikan diri daripada berjumpa kerana takut dituntut. Maka saya sebak kerana saya risaukan apa keadaan saya di mahsyar kelak. Pujian orang ramai selama berbelas-belas tahun tu langsung tak bagi manfaat pada saya. Kejian selama bertahun-tahun kerana mengorbankan dunia demi agama juga tak bagi mudarat pada saya. Lalu kenapa manusia masih mengejar pujian orang ramai dan takut dengan celaan mereka? Ibu sekali lagi memeluk saya, tersenyum sambil menangis dan berkata. "Sejuk perut mama anak macam bangchik..." Maka itulah kali pertama dalam hidupku saya berasa sangat gembira akan "pujian" ibuku. Pelbagai pencapaian demi pencapaian yang saya dapat DULU, saya tidak pernah merasa gembira seperti ini walaupun dulu juga saya dipeluk cium ibu dan dipuji. Wahai hamba Allah. Apa sebenarnya yang kalian kejar? Apa pula sebenarnya yang kejar kalian? Mengapa kalian masih mengejar pujian sia-sia manusia? Sedangkan malaikat maut pula tidak pernah lelah siang malam mengejar kalian? Wahai saudaraku. Apakah kalian sedar nafas kalian hanya berbaki beberapa lagi? Sebelum lubang kubur kalian akan digali? Apa yang aku dan kalian ada untuk Allah dan Rasul banggakan? Fikirkan.

apa yang enti/enta dapat dari cerita ni ?

lepas ana baca post nii , semangat ana untuk menuntut ilmu semakin berkobar-kobar . yop kita mencari ilmu p/s : ilmu tu biar la seimbang dunia akhirat ssb nabi bersabda "sebaik-baik kamu ialah orang yang tidak meninggalkan akhiratnya untuk dunianya dan tidak pula dia meninggalkan dunia untuk akhiratnya" so , apa lagi tunggu ? sama-2 kita bertarbiyah ye :)